Pages

Wednesday, 21 March 2012

BAGAIMANA NAK MULA DENGAN SIMPANAN EMAS DAN PERAK

Sumber Gold Investor Club

Ada dua sebab kita membeli emas dan perak iaitu utk simpanan masa depan dan pelaburan perniagaan
 
1.Penyimpan
Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas.Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.Namun pastikan anda mempunyai pengetahuan tentang emas yang mencukupi di mana anda dapat menguruskan simpanan anda tak kira dalam keadaan harga emas menurun atau menaik.Orang yang kurang ilmu akan rasa panik apabila harga emas menurun.
Kemudian,rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal  untuk anda mengetahui kemampuan anda untuk menggandakan emas melalui  belian bulanan secara konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.Saya menggalakkan anda membeli emas apabila ada wang di tangan.

2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga
Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.
Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.

Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan PG atau lebih keuntungan anda dapat bila beli semula dengan pelanggan ikut harga “we buy”
Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .
Oleh itu,tepuk dada tanya diri anda,di manakah minat anda.

Sunday, 4 March 2012

BAGAIMANA MENUNAIKAN HAJI DENGAN DINAR

Post kali ini saya hendak sentuh tentang menampung kos Haji dengan menggunakan Dinar emas. Ramai di antara kita di sini yang mungkin terlepas pandang, bahawa sebenarnya, kos menunaikan haji jika dibiayai oleh dinar emas adalah semakin berkurang dari tahun ke tahun. Hal ini terjadi kerana berlakunya kenaikan nilai emas pada setiap tahun.



Berikut adalah kiraan kos haji bagi tahun-tahun yang lepas berdasarkan nilai dinar emas;
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping (ikut gambar graf di bawah) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 502
Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di bawah) X RM 502
Jumlah = RM 9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 595
Kos Haji = 17 keping x RM 595
Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)


Sumber kos Haji boleh dibaca di BERITA HARIAN
Berdasarkan rekod yang diperoleh, dapat dianggarkan bahawa, pada tahun 2015, kos menunaikan Haji hanya memerlukan 10 Dinar Emas sahaja.