Pages

Friday, 2 November 2012

31 sebab kenapa anda perlu simpan emas .. 

1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur 


2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa 


3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa 


4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam 


5. Mu
dah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu



6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh 

7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian –11 Januari 2008) 



8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan 



9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga 



10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar 



11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu 



12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik 



13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram 



14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga 



15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan 



16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar 



17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan 



18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam 19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes 



20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan 



21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka 



22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual 



23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup 



24. Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas 



25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm.. 



26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya 



27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi 



28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka 



29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas 30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru 



31. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..

Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi...bergantung pada individu...

Bagi yang berminat utk mendpt khidmat nasihat atau ilmu mengenai pelaburan emas ni boleh berhubung dengan saya 0129764722